Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, June 29, 2013

The Drama King - Short Film

Sebuah lagi ‘karya agung’ oleh bakat muda telah disiarkan melalui Madmie Channel di laman perkongsian video YouTube, filem pendek terbaru ini bertajuk The Drama King.




Ia suatu garapan metafora yang cukup indah, bagi menggambarkan kesan nikmat terhadap segolongan manusia. Yang mudah mengecapinya lebih mudah mengambil lewa akan kehadirannya, sedang yang tidak memilikinya merasakan bahawa nikmat itu amat perlu dijaga dan dipelihara sebaik mungkin.

Easy come, Easy Go .. |

The Drama King dari kaca mata pengarahnya sendiri
Rujuk SINI
Thursday, June 27, 2013

pencerahan sikit,



| D E K O R A S I . L A M A N
11:34pm / 25 Jun 2013

sekalipun nama di atas blog ini telah di ubah kepada singkatan wdp .. | sahaja,
ketahuilah bahawa warQah daUn papYrus™ tetap warQah daUn papYrus™ ^_^

disebabkan cat dinding yang lama telah berkapok, maka saya terpaksa memilih untuk mengecat semula rumah ini dengan cat yang baru, menggantikan apa-apa yang telah buruk kepada sesuatu yang lebih cantik, dan semoga dengan sedikit perubahan ini juga mampu menjadi salah satu sumber inspirasi untuk saya berhijrah selangkah lebih ke baik kehadapan.. insyaALlah
telah selesai 12:10am 26 Jun 2013

dalam usaha meringankan blog yang agak berat, banyak gajet2 yang telah saya keluarkan dari laman ini, pada hemat saya.. apa yang ada pada hari ini sudah memadai,

nak komen kat mana?
Bagi sahabat2 yang berhajat untuk menghantar sebarang maklum balas terhadap mana2 entry penulisan saya di atas warQah daUn papYrus™, kalian hendaklah menekan ‘tajuk entry’ yang berkenaan, kemudian bergeraklah ke bahagian bawah entry tersebut; kalian akan terperasan satu frasa yang boleh ditekan ‘post a comment’.. ^_^

Search box dah hilang?
Sengaja di buang.. O.o hahaha


Jika kalian memerlukan sebarang bantuan lain, sila maklumkan pada saya melalui chatbox yang diletakkan di sidebar sebelah kanan laman ini, terima kasih..
Monday, June 24, 2013

satellite view (haze)

MTSAT-2 2013 06 24 06:32 UTC






source
http://www.weather.gov.sg/wip/web/ASMC
Sunday, June 23, 2013

syukur nikmat



| J E R E B U
4:15pm / 23 Jun 2013

Selamat sampai di Bumi Semenyih..
alhamduliLlah masih berpeluang menyedut udara segar di sini, perjalanan yang sebenarnya tidaklah terlalu panjang dari Bumi Melaka terasa mengambil masa lebih lama dari biasa. Mungkin kesan dari jarak pandangan yang amat2 terhad sepanjang berada di jalanan.
Jika di lembah ini (Semenyih), kalian masih berpeluang melihat matahari.. ketahuilah bahawa Matahari di Melaka telah hilang semejak 2 hari yang lalu. Saya masih cuba membayangkan keadaan sahabat2 yang berada di belahan bumi lebih selatan dari itu. Apa lagi di kawasan Muar dan Ledang yang Indeks Pencemaran Udaranya kini telah mencecah 740. Iaitu satu tahap yang amat BAHAYA.
Apa yang dapat saya bandingkan dengan keadaan Jerebu pada Tahun 2005 (kawasan Semenyih), adalah ia 3x lebih dari teruk dari situasi ketika itu. =_=



# kalau di Melaka pun jerebu dah boleh dilihat dalam rumah, bayangkan di kawasan yang terjejas teruk,
Saturday, June 22, 2013

...start 22jun2013