Adapun perjalanannya ke sini memakan masa yang amat panjang, bukan 2,3 hari dan bukan pula hanya 2,3 bulan... TETAPI memakan masa Puluhan Ribu Tahun perjalanan. Ada di antaranya sampai kepada kita setelah pengirimnya pupus dalam masa penghantaran, tapi alhamdulillah perjalanan yang diteruskan membuatkan kita dapat ‘menyambut’ kedatangannya di sini. Semalam ana lihat, ada di antara pengembara2 tu agak keletihan... sama ada kerana terlalu jauh perjalanan atau kerana ianya memang besifat begitu. Kehadiran tetamu masa lampau, begitu penting bagi mereka yang memerlukan. Hasil ciptaan tuhan, sekalipun ianya dikirim jutaan tahun yang lalu... hanya kini, hanya kini kita baru selidiki~ Maha Suci ALLAH Pencipta segala isi Langit dan Bumi, Pemilik dan Pentadbir Seluruh ‘Alam... o,;”)_
hacqs : ana tanya! Anta penah tengok masa lampau tak dengan mata kepala anta sendiri?
zaCk : erm.. penah kut, tapi dulu la! Masa ana kecik2...
hacqs : kalau tengok waktu kecik, bukan la dikira sebagai masa lampau sebab anta memang ada kat zaman tu masa perkara yang anta tengok tu berlaku! Betul tak?
zaCk : ya tak ya jugak! kalau macam tu, memang tak penah la rasanya,
hacqs : tadi kata penah sekarang tak pulak! Ish~
zaCk : Maaf, ana tak faham tadi...
hacqs : ana tak marah la, saja nak uji anta!(ter-senyum jelas menampakkan lesung pipitnya). Erm, kalau ana cakap yang ana penah tengok sesuatu dari masa lampau anta percaya tak?
zaCk : (garu kepala).. akhi, anta da buat kepala ana pening la~ apa yang anta nak bagitau ana sebenarnya?
hacqs : ...tentang relativiti masa dan jarak! Ingat, anta masih tak menjawab soalan ana, anta percaya atau tak?
zaCk : makin tak faham, maaf ana terlupa tadi! ana percaya sebab selama ni anta tak penah menipu ana, dan harap anta akan terus kekal macam tu,
hacqs : ana punya prinsip hidup... insyaALLAH ana takkan melanggar prinsip tu, Baguslah kalau percaya sekarang ana nak bawak anta melihat salah satu dari keajaiban ciptaan Tuhan!
Dalam kelam malam tu, mataku digelapkan lagi dengan kain yang menutup rapat mataku.. berjalan tanpa melihat agak sukar, namun seniorku memimpin tanganku agar aku lebih tahu haluannya~ yang pasti aku sedang berjalan menuju ke satu ruang yang terletak di hujung bangunan asrama tu! Dalam benak fikiranku pulak macam2 yang sedang bermain, “apa yang best sangat nak ditunjukkan?” sedang aku leka melayan fikiran, ‘akh hacqs’ membuka ikatan mataku sambil meminta maaf! Katanya ‘sifat ingin tahu’ku yang buatkan dia agak ghairah untuk tunjukkan perkara ni.
zaCk : takpe, ana ok je! Lagipun ana memang suka bila dapat ‘ilmu baru, heheh (senyum)
hacqs : apa yang ana nak tunjukkan ni mungkin buatkan anta terkejut tapi ini rahsia kita ya,
zaCk : aiks, macam serius je bunyinya!
hacqs : akhi, janji dengan ana yang anta takkan beritahu sesiapa sampai bila tiba masanya nanti!
zaCk : erm.. macam nak mana nak janji, kalau ana tak dapatkan kepastian tentang bila masa yang sesuai,
hacqs : masanya; bila tahun terakhir anta berada kat asrama ni! Janji ya akhi~ (seakan memujuk)
zaCk : JANJI.. ana faham, tujuan anta supaya perkara ni hanya berlaku dalam 4 tahun sekali kan!?
Hacqs : YA, ana nak pastikan tradisi ni yang menyambungkan generasi asrama ni, walaupun mengambil masa yang agak lama untuk setiap tempoh.. tapi ana dah kira ianya akan menyambungkan 20 generasi dari 5 orang yang terlibat! Ingat hanya lima orang, ana harap orang yang anta akan pilih nanti merupakan yang terbaik di antara yang terbaik!
zaCk : Baiklah akhi~ ana faham, tapi apa benda yang best sangat yang anta nak tunjukkan pada ana?
SubhanaLlah… sekali lagi bergetar hati kecil ana, apabila Pemilik Seluruh ‘alam menunjukkan sedikit dari-Nya Dzat yang Maha Tinggi, Mengetahui dan Kursy; Kekuasaan yang melangkaui sempadan ruang dan masa. Sama ada antum pernah membaca tulisan2 ana sebelum ni atau tidak!? Teringin sangat ana menulis kembali tentang perkara tersebut. Ringkasnya mengenai perkenalan ana dengan salah seorang Junior ana di UIA neyh; Helmi.
Dalam post ‘cerita ringkas waktu terdesak’…
“N hari ni jugak aku dapat kenalan baru, bro aiman n imal yang yang kenalkan aku. Budak ni direct intake ke UIA. Sebelum ni stuDy kat UiTM, persediaan sebelum ke overseas tp sayang dia takde rezqi nak keluar. Takdirnya dah tentukan untuk dia stuDy kat UIA, so aku selalu jugak jumpa tapi takde la nak tegur~ sebab kami lain department walaupun satu kulliyyah. Nama Helmi(tak tahu la kalau salah eja pulak), tinggal di Besut n dah kenal dengan bro aiman n imal (bro 2 orang ni kembar; n penah jadi roomate aku mase kat matric dulu!). tu je yang aku tahu pasal kawan baru ni.”
Menariknya, ana tak pernah pun rasa pernah bercakap dengan Helmi neyh!? Tapi satu yang sentiasa bergerak dalam kotak memori ana adalah perasaan cuba untuk mencari di manakah letaknya fail mengenai perkanalan yang lebih awal dari tu. Sebab naluri ana menyatakan bahawa sahabat baru ana bernama Helmi neyh pernah ana jumpai, mungkin sekadar terserempak. Jadi agak sukar untuk otak ini bekerja untuk mencari data yang tersebut!
Sebelum neyh, ana pernah claim pada akh Aiman bahawa ana seakan pernah bertemu dengan Helmi sebelum berada di UIA. Tapi takde jawapan concrit yang ana boleh bagi, cuma naluri macam pernah jumpa. Agak pelik,
Di panjangkan dalam proses ta’aruf ana di bilik akh Aiman n Imal, ternyata tak mungkin untuk pertemuan sebelum neyh berlaku! Jarak umur ana dengan Helmi kira2 2 tahun. Helmi neyh tinggal di Besut; wilayah yang dikatakan milik Kelantan. Ana pulak tinggal di Melaka! Ana mengaji di matric/asasi UIA 2 tahun di PJ, manakala Helmi mengambil kelas persediaan selama setahun di UiTM S. Alam. Pertemuan yang confirm dapat ana putuskan hanya bila masuk bulan Ramadhan 1430 Hijrah, dimana ana berada di tahun dua UIA Kuantan dan dan Helmi merupakan pelajar tahun satu di sini; masuk melalui direct intake oleh UIA. Ana pernah ke Kuala Terengganu semasa proses pengajian kakak ana di KUSTEM/UMT tapi agak tak logic jugak bila dikatakan itu adalah waktu yang tepat untuk berjumpa. Ana belum pernah jadi committee members untuk Ta’aruf Program, makanya tak mungkin pertemuan tu berlaku seawal waktu tu. Sampai sekarang masih dalam fikiran ana, dimanakah agaknya lokasi sebenar ana pernah melihat wajah Helmi. Hurm~
Cuma semalam seakan ditunjukkan sedikit tanda, orang yang memang sebelum neyh ana cuba cari pernah sampai di Pekan Cowboy; Semenyih. Hahahaha maaf sebab dah terbiasa, sahabat2 ana di sana pun gelarkan macam tu. Satu kawasan yang ana pernah duduk melebihi 17 tahun. Satu jangkamasa yang memang panjang. Sehabisnya solat ‘isya di musolla, ana cuba berborak dengannya. Maka ternampaklah ana pada baju yang dipakainya. CHARLIE-Harimau Malaya, rasanya memang khas untuk PLKN. Terdapat tulisan yang kecil di bahagian depan bajunya PLKN, Kem Setia Ikhlas-Semenyih. Seakan memberi klu yang cukup kuat bahawa mungkin pertemuan tersebut memang pernah berlaku iaitu di Semenyih. Namun masih menjadi persoalan pada ana kerana kegagalan mencari masa yang lebih tepat dan kuat untuk proses tersebut berlaku.
Entahlah, mungkin Dia nak mengajar ana. Bahawa ‘ilmu yang ana miliki sekarang neyh TIDAKlah setinggi mana untuk dibandingkan dengan-Nya Pemilik, Penatdbir Seluruh ‘alam Yang Maha Mengetahui yang zahir dan tersembunyi. SubhanaLlah o,;”)_ walau apapun ana bersyukur pada-Nya sebab dah mempertemukan ana dengan seorang lagi hamba-Nya di muka bumi neyh. Harapnya sahabat inilah yang akan menjadi pemangkin transformasi untuk ana menjadi lebih baik, insyaAllah. Untuk anta Ya akhi, ana ucapkan terima kasih sebab sudi terima ana sebagai sahabat anta seadanya.
P/s: perkara sama jugak pernah berlaku pada pertemuan pertama ana dengan satu lagi sahabat satu batch ana di Matric dan UIA; Nasrun! Tapi dia neyh pulak rasa memang tak pernah jumpa dengan ana sebelum dari pertemuan di UIA. Hampeh betol~ hahahaha ^_^ (tapi akhirnya dia mengaku jugak ‘mungkin’ pernah jumpa ana, bila je melihat ana memakai satu t-shirt program sekolah2 berasrama daerah Hulu Langat yang mana dia pun ada join program tuh jugak!)
| servant of God |
^_^ ... menulis atas kapasiti peribadi, sebagai seorang Mukmin. Jika anda terlihat sebarang kesalahan dalam penulisan saya. Maka wajib bagi anda untuk menegur kesalahan tersebut. Saya sendiri bersedia menerima pendapat secara terbuka, malah perbincangan dalam usaha mendapat MardhatiLlah ini; penting dalam kehidupan manusia seluruhnya. Salam Sejahtera dari saya, penconteng warQah (",)