Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Wednesday, February 6, 2013

kisah Mersing saya...


dari ratusan gambar yang diambil ketika ‘pengembaraan’ menjelajah Bumi Selatan |1997|, hanya ini yang masih selamat dalam simpanan saya. Itu pun gambar seorang diri .. ):

kenangan kat kota tinggi
perjalanan yang dimulai dari bumi semenyih itu melalui beberapa titik penting dalam laluan yang tidak pernah di lalui sebelum ini, antaranya Pekan Kuala Klawang, Felda Palong, Bandar Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan kemudian merentas laluan biasa di Melaka, Negeri Sembilan sebelum kembali ke bumi semenyih.


Cerita penting di sebalik pengembaraan 15 tahun lalu itu adalah:
.. beberapa hari selepas pulang dari Jepun, abah mengeluarkan ideanya untuk menziarahi rumah saudara-mara kami yang berada di kejauhan alam, |errr.. maksud saya kalau xde sebab nak pergi memang xkan pergi la|

Dalam keadaan mak yang masih berpantang, abah menangguhkan pengembaraan kami sebaik sahaja cuti sekolah tahun 1997 bermula. Di antara tujuan abah adalah bagi menenangkan perasaan mak yang baru kehilangan anak kecilnya |adik terakhir yang lemas didalam kandungan beberapa hari sebelum kelahiran| selain daripada untuk tujuan berziarah,

Maka sampailah kami ke beberapa daerah asing sebelum ini, dan bermalamlah kami satu malam di setiap tempat. Rumah makngah di Felda Palong, rumah Pakwah di Bandar Mersing, rumah arwah makcik di JB, rumah nek Toyah di Melaka, rumah nek Rubi di Negeri Sembilan sebelum semuanya kembali ke Semenyih.

Sedang saya ditinggalkan di rumah nenek toyah atas alasan tidak punya ruang lagi untuk di letakkan di dalam kereta |ketika di Mersing abah mengajak 2 orang sepupu saya untuk mengikut kami sekeluarga ke rumah|. Maka kereta yang tadinya sudah cukup2 muat dengan keluarga 6 beranak di tambah seekor ‘slach’ yang di angkut sekali, kini beban bertambah 2 orang lagi... apakan daya, saya mengalah =_=

Sebulan di rumah nek Toyah itu berpackage sekali dengan berjalan-jalan di Melaka dan bermastautin seminggu di Bumi JB.Itulah kali pertama saya menaiki bas ekspress. JB ke Melaka, sebelum kemudiannya Melaka ke Seremban. |kembali ke semenyih dengan mengaiki bas lompat dari Seremban|... Fuh,


Felda Palong – sebaik pemergian kali pertama |1997|, banyak kali juga kami berjaya sampai ke situ.
Kota Tinggi – kembali ke sana bersama rombongan pelajar asrama smkeh pada tahun 2004 dan yang terbaru ketika berusaha mencari blazer baru untuk GEMS corporate dinner.
Johor Bahru – pernah ke sana beberapa kali selepas 1997, tahun 1999 |anak arwah makcik meninggal|, kemudian yang terakhir pada tahun 2004 bersama rombongan pelajar asrama.

Di antara banyaknya tempat; Mersing itu satu-satunya yang dapat saya singgah semula selepas 15 tahun merentas masa. Dengan berbekalkan daya ingatan yang terhad,tidak banyak yang dapat saya ingat cerita 15 tahun lalu, selain daripada ..
(1) melawat satu jeti usang dengan slach ketakutan akan kuatnya deruan angin
(2) menjejak pasir pantainya yang bersih ditemani beberapa ekor kuda yang kelaparan roti
(3) tidur satu malam dirumah Pakwah

# insyaALlah,
akan saya coretkan pula kisah Mercy City dalam post yang akan datang ^_^
Tuesday, February 5, 2013

team quest 25/1/2013 Diamond

err.. ada apa dengan ‘kisah dari lembah semut ea’?




Sepanjang berada di Mercy City, amat jarang sekali saya dapat peluang untuk melayari warQah daUn papYrus™. Ucapan minta maaf saya khusus untuk mereka yang datang berziarah ke sini, sedang tuan rumah tidak menyediakan sebarang juadah pun. Terutama sekali buat tetamu istimewa saya yang datang dari Dublin dan UK~
insyaALlah.. akan saya cuba aktifkan kembali penulisan saya di sini; seperti mana biasa. Perkongsian yang moga memberi manfaat buat semua.
Mengenai tiga (3) penulisan terakhir saya yang lebih bersifat peribadi, anggaplah ia cuma monolog saya sendiri. Kadang² jiwa yang kacau gagal ditangani dengan sekadar berdiam diri, namun saya masih memegang prinsip yang sama .. tidak sesekali me-reveal-kan identiti,
Mengenai ‘kisah Sulaiman a.s di lembah semut’~ menjadi persoalan juga pada diri saya. Atas alasan apakah trafik mengenai carian isu di atas menjadi begitu ketara di ruang internet sebulan dua ni. Memandangkan saya pernah berkongsi cerita mengenai kehebatan mukjizat al-Quran tentang kisah di atas, maka banyaklah link trafik yang masuk ke blog ini; sepertinya wujud satu fenomena pencarian kepada kisah yang sama.
Saya masih mencari jawapan !? =_=

# hampir² carian ‘kisah dari lembah semut’ mengatasi carian ‘adik zaid najmuddin’ di blog warQah daUn papYrus™.
Monday, February 4, 2013

dari hati yang tak pernah berubah |


semalam dan hari ini,
sama.

sejak kali pertama saya meluah hasrat (23rd December 2012),
sehinggalah kali terakhir saya mendapat tempat,
entah..
saya sendiri gagal ketahuinya bila;
namun jawapan saya sama,
saya tunggu sehingga wujud ‘aqad yang memisahkan;
antara kita,


dalam pada itu,
biar saya berikan ruang..
dan waktu.

tak berubah~
saya harap ia JELAS
Saturday, February 2, 2013

belajar lagi...

Pencarian kepada sebuah diri sendiri itu rupanya tidak akan pernah berhenti, sehingga perlunya kepada kehadiran sebuah diri yang satu lagi ..

[ s e d a n g ] Khilaf semalam mungkin bayaran atas ketidak-bijaksanaan keputusan yang diambil, lantas cenderung memilih kata putus dengan menidakkan bicara ‘aqal dalam berperang dengan kata hati. Berdiri sebelum istikharah .. sangat menyesal ):

L E S S O N . W E L L . L E A R N T