Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Thursday, August 16, 2012

alternative link for live streaming from Makkah :)


Sejak beberapa jam yang lalu.. video siaran langsung dari Bumi Makkah telah tergendala di laman perkongsian video Youtube~

Link video yang dimaksudkan adalah:

Sehubungan dengan itu, saya telah cuba mendapatkan link dari beberapa laman web lain yang turut menyediakan live streaming dari BaituLlah al-Haram.
Semoga ianya bermanfaat untuk semua yang merindui bumi berkenaan, jua bagi menanam benih semangat untuk mengunjungi Tanah Haram yang dimaksudkan bagi sesiapa yang masih belum menjejakkan kaki ke sana. insyaAllah ^_^

Saluran alternatif (1):

Saluran alternatif (2):


SEMOGA KITA SEMUA TERUS ISTIQOMAH MENGIKUT MANHAJ RASULILLAH,
SEKALI PUN MADRASAH RAMADHAN, HANYA BERBAKI BEBERAPA HARI SAHAJA LAGI T_T
Tuesday, August 14, 2012

terbaru di atas warQah rmdhn1433


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

25 Ramadhan 1433 [Malaysia]
6.38 AM

Sepanjang Ramadhan ini, video langsung dari Makkah akan terus di‘tanam’ [baca : embeded] di bahagian teratas Blog warQah daUn papYrus™ khusus disediakan bagi sesiapa yang merindui Tanah Haram tersebut. ^_^ dan insyaAllah; sebaik sahaja bulan mulia ini meninggalkan kita semua, saya akan memastikan satu pautan khas disediakan untuk sahabat² mencapai video siaran langsung tersebut dengan mudah.

letaknya video live dari makkah di atas warQah daUn papYrus

Saya yakin sahabat² juga dapat melihat perkataan ini  التعليقات  diatas setiap entry yang telah saya postkan [baca : at-Ta’liqot]. Sebenarnya ia adalah perkataan arab untuk comments atau ulasan, saya sendiri tidak pasti bagaimana untuk menukarkan perkataan ini kembali ke perkataan asalnya. Perkara ini berlaku sebaik sahaja saya menukarkan language interface dashboard saya daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Arab beberapa bulan yang lalu. Jadi saya berharap, sahabat² tidak mengalami kesukaran untuk menghantar sebarang ulasan [baca : comments] ke atas warQah daUn papYrus™ lagi selepas ini. Sebarang teguran dari sahabat², amat saya hargai dan saya  dahului dengan ucapan terima kasih,

Penulis,
Sunday, August 12, 2012

The Forgotten People T_T



Masih belum menghantar sebarang bantuan!?
..  mereka memerlukan kita,
Doakan kemusnahan rejim fasad di seluruh dunia~

اللهم إنَّا نَجْعَلُكَ في نُحُورِ أعدَائِنا ونعُوذُبِكَ من شُرُورِهم
اللهم بَدِّدْ شَمْلَهم وفَرِّقْ جَمْعَهم وشَتِّتْ كلِمَتَهم
وزَلْزِلْ أقْدَامَهم وسَلِّطْ عليهم كَلْبًا من كِلاَبِك
يا قَهَّار... يا جَبَّار... يا مُنْتَقِم

يا الله ( 3 مرّات )

اللهم يا مُنْزِلَ الكِتاب...ويا مُجْرِيَ السَحَاب...ويا هَازِمَ الأَحْزَاب...
اهْزِمْهم وانْصُرْنا عليهم


Berdoalah dengan niat bahawa yang dimusnahkan itu nanti adalah semua penentang hukum-hukum Allah,
dalam situasi di Burma sekarang ini.. sahabat boleh juga menunjukkan solidariti bersama masyarakat dunia lain dengan menghantar petisyen yang bakal digunakan OIC untuk mendesak Kerajaan Bangladesh dalam menghulurkan bantuan kepada saudara Rohingya kita di sana... sila ke >> pautan ini << untuk menandatangani petisyen,

hasbunALlaha wani’mal wakeel,
o,’”)_
Friday, August 10, 2012

Sebangsa, Senegara, Sejiwa


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

21 Ramadhan 1433 [Malaysia]
7.30 AM

Dipetik dari : KeadilanDaily

“1 Ogos lalu, Pakatan Rakyat memilih ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ sebagai tema alternatif Hari Kemerdekaan ke-55 bagi menggantikan tema ‘Janji Ditepati’ oleh kerajaan Umno BN.
Tema tersebut dipilih oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat.
Tema ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ diilhamkan Alhaimi Adam, merangkumi tiga elemen utama untuk membina negara sejahtera.

Logo ciptaan Ilusenidesign.com telah dipilih untuk digunakan pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September ini.”

Rasional Logo Ulangtahun Kemerdekaan kali ke-55

Ilusenidesign melalui laman facebook nya juga telah menyediakan cover photo khusus; bagi mereka yang berminat untuk digunakan sebagai penghias di laman facebook masing-masing. ^_^ click untuk ke fb-ilusenidesign

Cover Photo Merdeka untuk facebook

# penconteng warQah tidak akan memuatnaik logo Hari Kebangsaan ke-55 daripada kerajaan persekutuan ke atas warQah daUn papYrus™ bagi mengelakkan terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kontroversi yang melanda logo tersebut~
Saturday, August 4, 2012

pertengahan ramadhan 1433


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

15 رمضان 1433 / 4 اوڬوس 2012
Malaysia [11:09 AM]

بوات ديري ساي، اين اداله رمضان كالي ك-٢٥ يڠ سداڠ د تمڤوه. الحمدلله ماسيه د بري رواڠ دان ڤلواڠ اونتوق ساي منجادي ڤنونتوت دالم مدرسه رمضان كالي اين. بلاجر ممبنتوق ديري يڠ لبيه باءيق دري سمالم. نامون جوجور دري هاتي، ماسيه اد ڤراسان تركيلن دالم ديري ... :(
روح رمضان يڠ سريڠ ساي دمباكن ماسيه بلوم سمڤاي كمونچقڽ. ڤراسان ريندو ڤد مأنسي كادڠ٢ ملمڤاوي راسا ريندو ڤد توهن دان رسولڽ ڤولا. مشاالله
دان هاري اين، هاڽ سڤاروه ڤورنام سهاج لاڬي يڠ تيڠڬل بوات كيت. ايت ڤون ماسيه بلوم ڤستي، كران اد ڤسان دري امام الغزالي .. ڤركارا تردكت دالم ديري مأنسي ايت اداله ماتي. سموڬ ساي دان صحابة٢ تروس دبري ڤلواڠ اونتوق منجاديكن ڤڠاخيرن كيت سموا اداله دالم كادأن حسن الخاتمة. أمين

o,;”’)_