Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Wednesday, April 27, 2011

CUS 17 april 2011


CUS: Chamah-Ulu Sepat Expedition

Laluan perjalanan selama 6 hari Gunung Chamah-Ulu Sepat

17 April 2011
Jarum jam SOLVILet TITUS tepat menunjukkan 9.03 malam waktu rasmi Muhamad Rizqan Aizzaini bin Ramlan, saat itu jugalah takbiratul ihram di angkat menandakan bermulanya solat hajat yang diimamkan oleh Saudara Ahmad Saifuddin bin Othman di Musolla CF Bro (lebih tepatnya; Musolla di Central Facilities Mahallah Talhah UIAM Kuantan).

Disebabkan oleh beberapa insiden yang tidak dapat dielakkan; jangkaan waktu bertolak dari UIAM Kuantan tepat jam 10 malam berganjak beberapa unit waktu terkehadapan. Namun semuanya dapat diselesaikan dan tidaklah terlalu mengganggu jadual perjalanan keseluruhannya. Perjalanan menuju ke Gua Musang itu diteruskan dengan abang driver memilih Jalan Jabor-Al Muktafi Billah Shah dan berhenti sebentar tepat jam 12 tengahmalam di sebuah Stesen Petronas untuk mengisi tangki bas dengan bahan yang sepatutnya.
Beberapa orang peserta juga turut serta turun sebentar untuk mengisi perut mereka dengan bahan² sepatutnya. Tidak kurang juga beberapa orang peserta yang lain mengeluarkan isi dari perut mereka dari bahan² yang tidak sepatutnya. Persoalan mengenai dua (2) kali bau kurang menyenangkan yang hadir dalam jangka waktu perjalanan dari UIAM Kuantan ke tempat kejadian masih menjadi misteri yang tidak terungkai. Haish =_=

Perjalanan diteruskan dengan majoriti para peserta berada dalam keadaan separa sedar dan tidak sedar diri (termasuk la penconteng warQah)... namun bagi segelintir peserta CUS yang dipercayai mempunyai positive charges terlebih dalam badan telah bertindak sebagai *radio siaran waktu malam ^_^ abaikan~

*kumpulan mereka ini juga bertindak sebagai DJ radio bagi Chamah.FM dan Ulu Sepat.FM, dikala tiada sebarang signal yang dapat diterima oleh telefon bimbit, dan tiada sebarang talian yang dapat menghubungkan kami dengan peradaban manusia diluar sana. Terima kasih buat DJ² semua... (“,)
Sunday, April 17, 2011

menipu.. kerna apa?


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini saya rasa terpanggil untuk mengupas isu, sahabat menipu... sejujurnya bukan ingin meng’aibkan sesiapa, kerna tujuan penulisan ini dibuat adalah sebagai peringatan bersama. Terutama sekali untuk diri penconteng warQah sendiri. Selama ini juga apa sahaja hasil penulisan yang anda baca di atas lembaran warQah daUn papYrus adalah realiti kehidupan penulisnya. Baiklah, insyaALlah saya akan berusaha menjadikan perkongsian ini sebagai suatu yang bermanfaat dan i’tibar buat semua.
Sahabat yang dimaksudkan di atas ini boleh jadi juga saya yang bertindak sebagai sahabat kalian, jadi sila ambil perhatian ye!! Menipu, berbohong, berdusta adalah suku kata yang disusun dari aksara² kecil dengan tujuan dan maksud yang hampir sama; iaitu TIDAK MENYATAKAN KEBENARAN.
[sila bezakan perkataan² di atas dengan helah].
                Keburukan menipu ini mungkin tidak dapat dilihat kesannya pada yang menipu kecuali; bila seseorang cuba menipu pada orang yang telah mengetahui sesuatu kebenaran. Sila letakkan diri sahabat² pada pihak yang di tipu, sedang kebenaran telah pun jelas di dalam diri sahabat². Apakah pandangan sahabat² pada pihak yang menipu, pasti dan pasti memandang rendah padanya bukan!!
                Baiklah jika di atas tadi adalah keburukan bagi yang melaksanakan penipuan; apa pula tindakan kita sebagai pihak yang ditipu. Adakah layak bagi kita menghakimi perbuatan tersebut. TIDAK!! Kerna apa??
                Kerna kita juga manusia biasa, yang bisa melakukan kesilapan. Sesetengah orang berkata; penipuan adalah salah satu dari bahasa manusia. Jika tidak ketara pada tutur kata, pasti tampak bayangan dibadan mahupun muka. Penipuan boleh dikesan, bermakna jika seseorang menipu. Seseorang yang lain boleh mengenalpasti berlakunya penipuan. Persoalannya, bukan isu penipuan itu yang penting ye sahabat². TETAPI apa yang perlu diberi perhatiana adalah; dasar apakah yang menyebabkan seseorang itu sanggup MENIPU dalam tutur katanya. Hari ini adakah berlaku penipuan dalam gerak laku dan tutur kata kita, sama² muhabasah diri ^_^
Thursday, April 14, 2011

jom nyanyi sambil senyum ^_^



Senyum seindah suria..
Yang membawa cahya..
Senyumlah dari hati..
Duniamu berseri~

Senyum umpama titian..
Dalam kehidupan..
Kau terSenyum..
Ku terSenyum, kemesraan menguntum~

Senyum, kepada semua..
Senyumanmu amatlah berharga..
Senyum, membahagiakan..
Dengan Senyuman terjalinlah.. ikatan~


sahabat² pernah dengarkan lagu ni, setiap bait liriknya dah pun menceritakan dekat kita bagaimana kuasa sebuah senyuman bertindak. Bagi penconteng warQah pulak, ini cumalah sebahagian dari kuasa unik yang diperturunkan oleh Tuhan buat manusia.
Sebuah bahasa antarabangsa yang difahami seluruh penduduk dunia... HEBATkan, jadi apa lagi~ Jom senyum sama², kita nyanyi lagu ni sambil senyum k..

Psst: kawan saya pesan.. untuk lebarkan lagi senyuman sambil nyanyi lagu ni, kita boleh tukarkan perkataan senyum dengan perkataan lain, yang dicadangkan pada saya adalah *kentut~ haish =_=
Wednesday, April 13, 2011

tripleXy


X_Y
Teguran itu; ikhlas dari Qalbu~
Kerna Qisah-mu pernah mengajar..
dia hadhir cuma sebahagian dari cinta palsu,
Benarkah?!
Manalah-ku tak tahu..
Kerna Qisah itu bukan Qisah-ku!
Tapi butir² madah itu muncul dari bibir-mu.. kan!?
Hari ini seolahnya,
Dirimu menafikan; menidakkan cerita yang lalu,
Kerna apakah?
Biar Qalbu-mu yang memberi jawapan,

X_X
sudah²lah;
mengguna agama sebagai bahan permainan,
ibadah apakah menjadi perbualan;
yang merosakkan hijab antara dua insan...
sudah²lah;
meletak diri diatas yang berdiri,
berdiri lagi dikalangan yang lain duduk,
mahu dilihatkah?
engkau punya jawapan,
andai jawapan kau masih berkait dengan Tuhan..
kuanggap kau masih dalam permainan~
ilham dari pakar yang membisik,
na’uzubiLlahu min zalik


penconteng warQah
-marchapril 2011-
Thursday, April 7, 2011

+======>


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KELMARIN;
pernah aku menconteng di lembaran warQah ini,
malah contengan dan lakaranku seakan tidak akan pernah padam,
kerna ini kesukaanku!!

Namun hari gelap SEMALAM membuat aku hilang arah..
Adakah sebagai pembuktian!?
Bahwa sifat lemah itu fitrah
...buat seorang hamba ALlah,

danku isytiharkan penutupan koTa warQah,
laluku buka pula sebuah Qaryah;
bukan untuk tatapan sahabat,
bukan jua buat bacaan kenalan..
Tapi sekadar mencukupkan keperluan,
Menulis dari hati untuk hati,
nafsi²

PAGI INI,
Aku di tegur seorang sahabat,
Tiada manusia yang lepas dari dosa;
Benar aku tahu!!
Kerna kata² itu datang dari lisan sang kekasih,

Setiap anak adam adalah pendosa.
Sebaik-baik pendosa adalah org yg suka bertaubat
*maksud HR at-timidzi. ibn majah. ahmad & ad darimi

Kelemahan manusie~ rizQan..!
lebih² lagi manusia biase cam kite nie,
antara kebaikan dan keburukan tu always come togather,
so pade kitelah yang kena judge mane yang lebih berat,
takkan sebab kelemahan yang sikit.. kebaikan yang banyak kite tolak!!

Jadi...