Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Sunday, June 6, 2010

saye dah pulang... ^_^

           SaLaM’alaikum.. maaf kwn2 terlalu lame aku meninggalkan blog ni, dah berhabuk pun rasanya! Bagi msg yg lame terperap x berbalas aku minx maaf sgt2, aku akan cuba balas satu2 lpas neyh~ sabar ea (“,).. sbenrnya peruntukn mase utk aku menulis sbarang artikel sem lepas x kesampaian bilamane maseku sepenuhnya digunakn utk project2 dlm campus, stuDy lagi.. jadi terdapat unsur2 keletihan (+)malas di situ. hehehe~ Antara factor laen yg aku rase ade kaitan; sbb ramai jgak rakan blogger yg turut same berhenti menulis… aku xtaw knape, tp factor tu menyebabkan aku jarang nak pegi usha2 page dorg, jd jarg jgak la aku on9 melaenkn utk melayan kwn di fb dan skrg berjinak pulak dgn twitter.. utk along wan (cousin-ku), thanx sesgt cz sentiasa mengikuti perjalanan blog neyh.. w/pun citer yg along ikut tu x bersambung2 jgak smpi skrg, anyway angah akn cuba utk smbg balek k~ kalo x silap psl pengembara dari jaoh kot.. hurm ntahlah ape name die, huhuhu nanti da smbg angah text fb je k ;p

           Mungkn jgak ade yg tertanye2.. knape plak tetibe mamat neyh menulis balik? Sbnarnye aku nk kongsikan ape yg aku dpt mase aku usha2 kat google search tadi, tgh dok layan surfing tetibe terpandg satu link blog baru, erm aku rase aku knal pemilik die coz url-nya guna name sendiri.. akhirnya aku pun mask n bace la ape yg patut, ok lah ‘Good Start’.. perjalanan yang jaoh bermula dgn langkah pertama, betol x? hurm.. citer psal diri sndri, ini part yg memg aku suke >>> rasenye sumer rakan blogger memg taw, kbnykan blog yg aku ikot memg yg dok tulis artikel psl pengalaman sndr ^_^ sbb aku rase seronok bile dpt berkongsi pengalaman dgn org laen, part yg paling menarik minat aku bile pemilik neyh citer pasal teman sepermainan die sejak kechik (boleh kate sjak dr dlm perot.. heheh).. hurm aku rase die da mule rase kesunyian bile twin die smbung study tmpt laen dan die akn ditmptkn di pusat study yg laen, xpe dik bukan berpisah lame, lgpun inilah peluang utk msg2 mengenal diri.. n abg percaye taqdir ni mrupekan guru terbaek yg akan ajar korg berdua utk jd lebh sempurna. Good Luck k utk korg berdua shameer haqeem n ismael haqeem, utk shameer teruskn menulis ea.. abg akn support >_< n utk sahabat shameer name ashraf tuh jage la die leklok.. coz susah nk dpt sahabat yg betol2 memahami kite zaman skrg neyh, XD

P/s: da lame sbenrny aku x bertemu dgn twink neyh, erm sjak diorg kuar ostel [1 april 2005] n naseb baek still keep in touch dr zaman frenstr, myspc n skrg via fb… kire ok lah tu kn (“,) erm utk rakan blogger insyaAllah aku akn cuba pastikn blog neyh keep updated mcm dlu, FREE PALESTINE
Sunday, January 17, 2010

iium song - Lead The Way

Wednesday, January 13, 2010

WacKOS…


The wacky area in the Kulliyyah of Science,  tapi sekarang cuma tinggal aku dengan daus... dia menghadap nota aku pulak menghadap laptop. Sunyi dan sepi, mana pergi semua orang? Hahaha masing2 ada lectures n practical class, aku pulak kenapa kat sini? Sebab aku takda class la, kalau tak mana mungkin aku melepak kat sini... sebab apa? SEBAB AKU BUDAK BAIK!!!
                Sebenarnya aku sekarang dalam mode ‘anjakan paradigma’ yang aku bina sendiri, -seorang sister masuk terus pergi kat sudut carrom, entah apa yang dibuat... senyap je kat tepi tu! Takpe aku tak perlu jaga tepi kain orang.. cuma nak bagi tahu yang sekarang ni dah ada 3 orang kat sini- dalam mode yang aku katakan tadi... aku cuba berubah kepada lebih baik, adik aku tanya!! Baik yang macam mana?

SEBAIK YANG AKU MAMPU!!

                Apa pulak kaitan dengan WacKOS neyh? Banyak kaitan, TAPI aku... -taknak jawab~-

Tuesday, January 12, 2010

angah bila nak kawin,


                “angah bila nak kawin, sy rasa angah dah kena cari awek la skrg...” hahaha, ni mesej yang aku terima dari junior aku ahad lepas.
Nama budak ni Luqman Nurhakim, sebenarnya masa aku kat asrama dulu aku memang rapat dengan semua orang. Mungkin sebab kedudukan aku kat sana yang buatkan aku perlu punya hubungan baik dengan orang sekeliling. Jadi antara kami tidak ada jurang besar yang memisahkan, cuma pangkat abang-adik dan oleh sebab tu jugaklah kami selesa untuk bertanya dan menjawab.
Walaupun soalan yang diajukan tu bukan secara serius tapi dalam hati aku terdetik satu perkara, yang mana sedikit sebanyak buatkan aku rasa tersentuh sangat. Memang la aku tak bercadang nak kahwin dalam masa terdekat ni, sebab berdasarkan kiraan aku; cadangan nak kahwin masa umur 26 tahun. Huhuhu cadangan je... tapi yang buatkan aku tersentuh ialah di sebalik makna ‘perkahwinan’ yang ditanyakan! Aku kenal sangat dengan Luqman, sama-sama addicted main chess, gila-gila, dan agak lurus, hahahaha ^_^... takde la aku gurau, sebenarnya semua yang aku kenal punya potensi sendiri. Jadi bagi aku mereka semua ni UNIC dan aku antara pembentuk mereka semasa mereka tinggal sebumbung dengan aku. Jadi bila di tanyakan soalan yang macam ni aku taknak menjawab terus kepada soalan, dan aku rasa dia jugak nampak apa yang sebenarnya dia mahu tanyakan.
‘TANGGUNGJAWAB...’ aku dah bersedia ke untuk pikul beban tu? Bila menjengah balik ke dalam diri aku. Aku rasa aku tak bersedia untuk tugas tu. Buat masa ni pun keadaan aku masih tak terurus, jadwal sendiri pun macam tak ikut...solat kadang2 lewat, study ikut mood, bajet duit pun tak jaga, hahaha banyak la kesalahan dan kelemahan tapi taknak tulis semua kang dah macam membuka pekung di dada. Tapi itulah yang aku nampak sebenarnya,  AKU PERLU BERUBAH.. mungkin perlukan satu anjakan yang kukuh untuk ke arah yang LEBIH BAIK!!
Semalam aku mula mengubah apa yang patut, aku taknak jadi terbaik dari orang lain... tapi yang terbaik aku mampu lakukan. Untuk pengetahuan sahabat2, aku memang dah punya orang yang aku KASIH... selepas DIA, dan ‘mereka’ yang SEPATUTNYA. Aku menyediakan dua lagi tempat yang mana kedua-nya telah pun diisi. Aku mengharapkan hubungan aku bukanlah jalan salah yang aku pilih, tetapi sebagai ‘pembimbing’ untuk aku menjadi seorang manusia yang lebih baik!

“Ya Allah, Kau jadikanlah hati-hati ini bersatu KERNA diri-Mu semata-mata... Ameen”

Friday, January 8, 2010

kembali...


                Salam sahabat semua, maaf kerana mengambil masa yang lama untuk mengemaskini  semula blog warQah daUn papYrus ni. Sebenarnya terdapat perubahan yang drastik bagi penukaran url blog ini daripada http://cintatuhan-ihy.blogspot.com kepada http://contengataskertas.blogspot.com. Harapnya dengan url yang lebih mudah diingati ini nanti membuatkan sahabat2 lebih mudah untuk menjenguk ke blog ni.
                Jadi sebagai ganti kekosongan selama ini, saya letakkan beberapa keping gambar ketika sesi merapatkan ukhuwah antara pelajar lelaki kulliyyah sains UIAM di Cherating baru2 ni, untuk tatapan sahabat2 semua. Selamat melihat, ^_^



Fajr Prayer



Riadhah towards 'ibadah..

 

 ~Sweet Memories~

 
Keropok Lekor, Satar & Otak2 Kemaman