Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Friday, August 30, 2013

31 Ogos | Qisah Saya

31 Ogos, 1990
Berdasarkan beberapa keping gambar nostalgia yang masih selamat dalam simpanan, ada alibi yang menyatakan bahawa saya sekeluarga pernah berada di sekitar Dataran Merdeka pada tahun 1990, secara khusus pada tarikh 31 Ogos.
Di antara lokasi gambar yang berjaya dirakamkan adalah sekitar kawasan air pancut, tiang bendera, pentas dataran dan restoran KFC bawah tanah (rasanya).
Guess what!?
Suasana dalam gambar seiras benar bagai apa yang dapat dilihat dalam filem Police Story 3: Super Cop lakonan aktor popular Jackie Chan. Jadi saya agak, waktu rakaman filem berkenaan mungkin sekitar tahun tersebut jugak.. heheh ^_^

31 Ogos, 1991
Tidak ke Dataran Merdeka?
Ya.. kami sekeluarga + jiran tetangga bertungkus lumus, tolong menyusun barang2 untuk di bawa ke bumi Semenyih. Eh masa ni saya baru berumur 3 tahun, jadi saya cuma ‘tolong’ tengok je. Tarikh ni adalah tarikh rasmi kami sekeluarga bertukar status dari penduduk Bandar Baru Bangi ke Pekan Semenyih.

31 Ogos, 2008
Cuti umum pada tahun ini, kami sekeluarga mula berpindah secara tidak rasmi ke Kampung Bukit Senggeh. Cuci2 rumah, bawa barang keperluan je dulu sebab x sabar nak beraya kat rumah baru, hahaha.. padahal rumah belum siap sempurna lagi. ^_^

31 Ogos, 2013
insyaALlah..
Pelan cadangan esok :
+ pertemuan dengan kembar Haqeem
+ tonton Tanda Putera

0 التعليقات: