31 Ogos, 1990
Berdasarkan beberapa
keping gambar nostalgia yang masih selamat dalam simpanan, ada alibi yang menyatakan
bahawa saya sekeluarga pernah berada di sekitar Dataran Merdeka pada tahun 1990, secara
khusus pada tarikh 31 Ogos.
Di antara lokasi
gambar yang berjaya dirakamkan adalah sekitar kawasan air pancut, tiang
bendera, pentas dataran dan restoran KFC bawah tanah (rasanya).
Guess what!?
Suasana dalam
gambar seiras benar bagai apa yang dapat dilihat dalam filem Police Story 3:
Super Cop lakonan aktor popular Jackie Chan. Jadi saya agak, waktu
rakaman filem berkenaan mungkin sekitar tahun tersebut jugak.. heheh ^_^
31 Ogos, 1991
Tidak ke
Dataran Merdeka?
Ya.. kami
sekeluarga + jiran tetangga bertungkus lumus, tolong menyusun barang2 untuk di
bawa ke bumi Semenyih. Eh masa ni saya baru berumur 3 tahun, jadi saya cuma ‘tolong’
tengok je. Tarikh ni adalah tarikh rasmi kami sekeluarga bertukar status dari
penduduk Bandar Baru Bangi ke Pekan Semenyih.
31 Ogos, 2008
Cuti umum
pada tahun ini, kami sekeluarga mula berpindah secara tidak rasmi ke Kampung
Bukit Senggeh. Cuci2 rumah, bawa barang keperluan je dulu sebab x sabar nak
beraya kat rumah baru, hahaha.. padahal rumah belum siap sempurna lagi. ^_^
31 Ogos, 2013
insyaALlah..
Pelan cadangan
esok :
+ pertemuan
dengan kembar Haqeem
+ tonton
Tanda Putera