| D E M A M
10:15pm / 16 Jun 2013
Seawal pagi lagi saya sudah
menghantar mesej bagi memaklumkan warden asrama dan anak didik saya tentang
pembatalan kelas math mereka pada malam ini, selepas beberapa unit waktu
berfikir saya menghantar mesej kedua. Saya katakan yang saya akan berusaha
untuk datang juga..
alhamduliLlah,
menjelang petang demam
semakin kebah, hanya batuk yang masih belum kurang. Maka saya terus membuat
persiapan untuk ke kelas malam ini; soalan latihan disediakan..
sesampai di pondok pengawal,
saya di sapa oleh salah seorang anak didik yang baru keluar dari surau asrama..
“nasib baik abang datang, saya ada banyak soalan nak
tanya ni”, saya kira ini sebagai ucapan alu-aluan, kehadiran malam
ini memang satu keperluan buat mereka dan amanah jua buat saya.
semasa kelas sedang
berjalan, “kalau abang tak larat sangat, takpelah kita tunda
kelas ke masa lain..” satu cadangan diutarakan salah seorang anak didik
yang duduk di depan sekali, batuk saya mungkin buat mereka rasa saya perlu
berehat, tetapi disebabkan semangat yang masih ada.. saya katakan yang saya
boleh, lalu salah seorang meminta diri untuk keluar sebentar, kelas berjalan
seperti biasa. Yang membuatkan saya kuat adalah kerana komitmen mereka yang
memang 100% diberikan pada kelas ini.
anak didik yang keluar
sebentar tadi datang dengan sebotol air penuh, ‘nah abang minum la sikit’.. masyaALlah, permintaan untuk keluar itu
rupanya adalah untuk mendapatkan saya seteguk air. T_T
hati saya tersentuh, usaha
menapak jauh ke asrama itu hanya ALlah yang mampu membalasnya..
akhirnya kelas malam ini
ditamatkan lebih awal dari biasa,
sekadar memberi mereka ruang untuk tugasan yang lain pulak. Lebih-lebih lagi
ada yang baru pulang dari berkursus petang tadi, maka adalah lebih elok membiarkan
mereka berehat di kelas PREP yang berterusan sehingga jam 10.30. mengimami
solat isya’ buat kali keduanya di surau baru asrama sebelum pulang untuk merehatkan
tubuh, batuk masih setia menemani; saat tulisan ini di nukilkan..
ukhuwah ini tidak akan
pernah putus, insyaALlah
the September 18th