Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Thursday, May 23, 2013

13rejab1434

alhamduliLlah,
hari ni genap lah usia saya 26 tahun..
sekiranya tahun hijrah yang menjadi rujukan.
Hadiah terindah pada hari ulangtahun kelahiran tahun ini adalah mendapat ucapan tahniah dan doa keberkatan dari seluruh ahli keluarga tersayang ^_^

insyaALlah,
saya akan berusaha untuk jadi insan yang lebih bertaqwa di masa hadapan,
doakan perjalanan saya selepas ini senantiasa di bawah Lindungan dan Kasih Sayang Allah ye,

Semakan Keputusan Peperiksaan PTD Gred M41
untuk ujian pada 13/4/2013 : Positif


o,;’”)_ ALlahu ALlah
Sunday, May 12, 2013

Shopping

Membeli-belah yang saya maksudkan; adalah proses jual beli yang dilakukan secara atas talian.
alhamduliLlah setakat semalam, sudah empat (4) kali urusan ini dapat di lakukan dengan jayanya. ^_^

Rebana Dikir Barat (2009)
Kesungguhan untuk memiliki sebuah rebana sendiri, telah membawa saya masuk ke dunia yang belum pernah saya terokai sebelum ini; iaitu pembelian barang secara atas talian. Secara jujur pengalaman pertama ini benar² menakutkan saya, manalah tahu kena scam ke!! Namun saya tetap usahakan diri saya untuk berfikiran positif [husnu-dzon]. Bermulalah sesi perbincangan melalui talian telefon dan juga mesej pesanan ringkas, yang akhirnya membawa kepada persetujuan untuk saya menerima akad jual beli tersebut. Apa yang memeranjatkan saya adalah, kepercayaan tinggi yang diletakkan oleh si penjual berkenaan terhadap pelanggannya. Di mana transaksi bayaran hanya perlu dibayar selepas saya menerima barang yang saya pinta. Betul² membuatkan diri saya rasa terharu T_T
Lusanya rebana yang di tunggu² pun sampai ke rumah, memang TERBAIK.. kata pun Gred A kan, sebaik memaklumkan kadar puas hati saya pada penjual, terus saya bergerak ke bank untuk mendepositkan duit bayaran rebana tersebut yang berharga RM550.
# owh ye info tambahan, penjual rebana ni adalah Abe Yie Arjunasukma.


Mafla Executive PAS (2013)
Dengan keyakinan yang tinggi pada si penjual, saya terus membuat pesanan untuk mendapatkan sehelai mafla tersebut dengan harga RM25. alhamduliLlah selamat juga sampai ke tangan saya seminggu sebelum PRU-13 yang lalu. Memandangkan mafla berkenaan tidak punya ulang cetak, maka saya adalah antara yang bertuah sebab berjaya mendapatkan satu dari 2000 helai yang dijual, satu juga ada pada teman saya; Najemi dan ternampak satu yang di pakai oleh TGNA masa PRU lepas. Agakan saya si penjual yang hadiahkan pada TGNA, sweet.. ^_^ sebelum ni ada hamba ALlah yang hadiahkan TGNA wallet, katanya dia kesian bila tengok TGNA cuma gunakan sampul surat untuk letak duit, masyaALlah T_T
# pertama kali membuat money transfer via CIMBclicks, lebih advance dari yang lepas la kan .. (:


T-Shirt HIJAU (2013)
Atas dasar perjuangan yang sama, kepercayaan saya tidak luntur untuk membuat pesanan melalui FB dan terus membuat bayaran dengan menggunakan CIMBclicks, RM30. Baju sampai 3 hari sebelum 505.
# takbir


The Ideal Muslim & The Ideal Muslimah (2013)
Selepas beberapa kali menemui kegagalan untuk mendapatkan 2 buah buku keluaran Islamic Publishing House tersebut, saya mula terfikir untuk mendapatkannya secara atas talian. Biarlah saya perlu membayar lebih sekalipun seandainya tiada stok lagi dalam negara ini. Namun alhamduliLlah, DIA permudahkan urusan saya..MPH Online masih punya simpanan dalam negara, maka saya cuma perlu membayar harga buku sahaja; RM113.30. Sekali lagi CIMBclicks memudahkan urusan transaksi duit saya, terima kasih ^_^, buku sampai rumah dalam tempoh 3 hari je..
# terpalit rasa seronok bila berpeluang membaca mukadimah buku berkenaan di internet, biasalah bukan isi penuh jadi saya memilih untuk mendapatkannya dan mengambil manfaat yang saya yakin amat banyak terdapat di dalamnya. insyaALlah,

PERINGATAN
khusus buat sahabat² yang bernazar dengan keputusan PRU-13.
Jangan lupa laksanakan nazar kalian k.. HUKUM WAJIB ^_^
Thursday, May 9, 2013

Audi Alteram Partem



ILMU
..suka benar saya gambarkan seperti pelangi,
Tatkala sesetengah manusia nampak kehadirannya,
ada manusia gagal pula menyedari kewujudannya,
sedang yang menjadi punca,
hanyalah kerana tidak tepat pada pandang sisi.

Pada yang pernah melihat pelangi,
Tahulah mereka akan kecantikan;
yang tidak mampu diungkap dengan kata,
Tidak mudah untuk di sampai dengan tinta.
Keyakinannya kukuh tidak mampu digugat dengan segala tipu daya.

Pada yang tidak pernah melihat pelangi,
Mereka masih punya kata dua;
Berusaha mencari kehadirannya atau..
duduk berteleku menunggu dari penceritaan orang ketiga.
andai bertemu dengan sang murobbi,
untunglah dia mengetahui kebenaran hakiki,
namun jika yang ditemui seorang ‘asi???

.. ):

Pada yang bijak pernah juga melihat pelangi,
Berusaha akan dia berdiri di mana pihak yang lain berdiri,
Agar dapat diketahui, punca pelangi tidak ditemui.
Yakinnya semakin kukuh, hujahnya bertambah ampuh,

Pada yang bijak juga namun tidak pernah melihat pelangi,
Mereka ini cuba untuk berdiri seperti yang pernah melihat berdiri,
Di tambah lagi usaha mendekati yang mampu melihat dan yang masih buta;
tuli

Pada yang kurang bijak, tidak pula mahu mencari,
Akan terus-terusan menjadi ‘abdi;
diperguna golongan ‘asi,
Di kekal cara menawan,
Tidak usahlah kau mencari, Kami mampu memberi;
Segala-galanya!!”
Dari harta, cerita, pangkat dan jiwa..
benar-dustanya, sumbernya, tidak perlu ditanya!!

Itulah pelangi..
Simbolik keunikan ilmu,
andai tidak di cari, Jahillah diri,
tenggelam dan terus tenggelam,
Yang ‘tahu’ tidak akan berganjak,
Malah kekuatannya semakin kukuh berpasak,

Kebenaran tidak mampu di sorok,
Cuma perlukan selangkah dua usaha;
agar pandang sisi tepat,
Pelangi yang indah dapat dilihat.

Tribute khusus buat pendokong DEMOKRASI
Dari kalangan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat

Ke arah budaya ilmu,
9 Mei 2013

ni la pelangi boh.. ^_^


Hear out both sides of any story
If you move out of your comfort zone and listen to what you might normally think of as the enemy — it makes you sharper, stronger, and more balanced in the end. So get used to looking for the different flavors of a story. You just might find something really worth it, and something really worth fighting for.