Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Wednesday, November 30, 2011

Mimpi tadi sebuah cakna kenangan

Aku,
Melayang terbang meninggal jejak tanah bumi nyata,
Kesan hasil dentuman quantum kimia...
...ponstan250 dan ketulan stemetil dalam bantuan gerakan metabolisma jiwa,
Kesakitan 4 hari yang panjang itu diubat dengan mimpi indah tiada tara sebelumnya,
Melain dengan  kenangan indah di satu dunia dimensi lalu~
Membuat tawaku jelas, senyumku cemas di ruang jendela mimpi...
Bertitip di alam realiti,

Adakah kerinduan?
Yang membuat jiwa ini kesakitan?
atau...
kesakitan ini menjadi punca kepada satu kerinduan,
Friday, November 18, 2011

Tribute Untuk Kumpulan Dikir Barat 'Anak Warisan' dan 'Putera Kencana'


ADIK-ADIK DIBANGKU PELAJARAN
 ^_^ TUNTUTLAH ILMU JANGAN MUDAH JEMU ^_^
  1. Mereka adalah murid-murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak di Sungai Buloh, Selangor. 
  2. Persembahan Dikir Barat ini telah dilakukan dalam ‘Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2011’ yang diadakan semalam 17 November 2011, serentak dengan tarikh keluarnya keputusan UPSR di sekolah-sekolah rendah seluruh negara.
  3. Satu persembahan yang saya kira cukup mantap untuk latihan yang sangat singkat.
  4. Kepada kritikus (kaki kritik melampau/serba tahu) yang merasakan tiada keistimewaan mengenai persembahan dikir barat ini. Saya cuma mahu menyatakan, bahawa pertama kali murid-murid ini melihat alat muzik dikir barat adalah pada minggu lepas (Rabu, 9 Nov 2011), dan apa yang anda saksikan ini adalah hasil usaha keras mereka selama seminggu ini. (Ya hanya SEMINGGU!!).
  5. Ternyata usahasama di antara barisan guru dan murid-murid yang berkenaan mampu membuahkan hasil yang baik ^_^ 
  6. Saya secara peribadi.. mengharapkan; SK Merbau Sempak akan mempunyai Kelab Dikir Baratnya sendiri selepas ini. Yang mana usaha ini adalah alternatif kepada penyerapan kebudayaan kepada murid sedari bangku sekolah lagi dan yang lebih penting dari itu ia juga mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan sahsiah melalui pembentukan disiplin diri. insyaALlah
#Saya dimaklumkan bahawa ini adalah persembahan dikir barat ke-2 di SK Merbau Sempak, selepas persembahan pertama dilakukan oleh guru-guru mereka pada ‘Majlis Sambutan Hari Guru 2011’ yang lalu. Sekalung TAHNIAH di ucapkan pada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. ^_^

Kumpulan Dikir Barat SMK Engku Husain 2005
P/s: Tiada gambar kumpulan Putera Kencana :(
Friday, November 4, 2011

Menerobos Terowong Masa

Saya amat yakin; tidak ada seorang pun dari kita yang pernah merentasi dimensi masa kan, ^_^
[namun jika ada pembaca yang bukan dari dimensi ini:2011, sila maklumkan kehadiran anda dengan kadar segera!!]. Alangkah bertuahnya diri kita, andai dapat diberi peluang untuk melihat perbezaan suatu zaman dengan zaman yang lain.

Untuk pengetahuan sahabat² yang dikasihi, kita sememangnya mampu melihat perbezaan itu. Saya sendiri bersyukur kerana berkat usaha pengajian seorang Ilmuan Islam (Baca: Ibnu Haytam) berkenaan dengan konsep cahaya dan fisiologi mata. Maka berkembanglah pada zaman selepasnya idea penciptaan kamera, video rekoder, binokular dan sewaktu dengannya. Dan hari ini kita rasa beruntung kerana telah dihidangkan dengan pelbagai jenis teknologi canggih yang mampu membawa kita semua menerobos lohong-lohong waktu ke satu zaman yang kita panggil 'semalam'.

Dengan beralaskan warQah daUn papYrus, saya bawakan untuk sahabat; wajah sebuah Banda Hilir di saat dan ketikanya saya masih lagi kecil (sekitar tahun 1988 ke 1989 ). Dan perubahan yang dialaminya sehingga membawa kepada wajah yang baru (dirakam oleh sahabat saya: Abdullah Mubarak) pada awal tahun ini (2011) ^_^

'Si Debab' itu adalah saya ^_^







Gambar yang disiarkan telah mendapat keizinan dari Abdullah Mubarak ^_^
 
Suatu perkongsian untuk pelayar warQah daUn papYrus,
“Hayati Nilai Sebuah Perubahan; untuk membentuk diri yang lebih baik di Masa Hadapan!!”
Thursday, November 3, 2011

kawan.. saya nak pesan² sikit~



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

                Sebagai salah seorang ahli [dengan izin] dalam komuniti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan ini, saya tidak akan pernah jemu untuk berpesan dan terus berpesan buat sahabat² sekuliah khususnya dan kampus amnya; untuk kita sama-sama berusaha mewujudkan biah solehah [dengan izin] di kampus kesayangan kita ini.
                Cuti pertengahan semester yang semakin menghampiri, membuatkan sebahagian dari diri kita begitu teruja untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Keadaan ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan apabila rembesan hormon adrenaline [dengan izin] menguasai jasad anugerah dari-Nya; ALLAH swt. Setelah lama tidak bertemu empat mata dengan ahli keluarga, yang terdiri dari ibu, bapa, adik-beradik, saudara terdekat dan jiran tetangga. Inilah masa yang ditunggu-tunggu, menyambut ketibaan eiduladha [dengan izin] dengan harapan mendapat keredaan dan menempah suatu anjakan untuk menjadi lebih baik dari sebelum²nya. insyaALlah~
                Namun dalam kegembiraan yang diraikan ini, jangan sekali-kali kita terlalai-leka dari menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba pada Tuhan. Yang di dalamnya merangkumi sekali tanggungjawab terhadap sesama manusia dan juga tanggungjawab kepada diri sendiri bersama harta (pinjaman) pemilikan kita.

1.       Bagi yang akan memandu kenderaan untuk pulang ke rumah masing², sila berhati-hati dalam pemanduan sahabat. Jaga hak orang lain juga ketika berada di atas jalan raya. ^_^
2.       Pastikan barang² dan bilik sahabat² ditinggalkan dalam keadaan yang selamat (yakin selepas berusaha). Kunci bukan sekadar mangga, turutkan sekali rasa penyerahan diri sepenuhnya pada DIA. ^_^
3.       Jadikan hari² terakhir sebelum rombongan besar-besaran kampus ini dikosongkan, sebagai hari² kritikal untuk sahabat lebih berhati-hati denganmalaun’ [dengan izin] yang tidak henti² membuat pengkhianatan ke atas kampus kita di Bumi Kuantan ini. (kecurian/pecah masuk). =_=’
4.       Semoga kepulangan sahabat semua ke kampung halaman pada cuti kali ini, akan melebarkan lagi sayap dakwah Junjungan Besar kita Muhammad . ^_^

“Dari Kampus Ke Lapangan Ummah”

                Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menghadapi musim peperiksaan pertengahan semester kepada sahabat² yang sedang bertngkus-lumus untuk melakukannya sebaik mungkin. Biar sibuk mana pun urusan dunia kita, ‘ibadah fardu jadikan tunjang utama. ^_^

Ibadah Fardu mengatasi Ibadah Sunat