The wacky area in the Kulliyyah of Science, tapi sekarang cuma tinggal aku dengan daus... dia menghadap nota aku pulak menghadap laptop. Sunyi dan sepi, mana pergi semua orang? Hahaha masing2 ada lectures n practical class, aku pulak kenapa kat sini? Sebab aku takda class la, kalau tak mana mungkin aku melepak kat sini... sebab apa? SEBAB AKU BUDAK BAIK!!!
Sebenarnya aku sekarang dalam mode ‘anjakan paradigma’ yang aku bina sendiri, -seorang sister masuk terus pergi kat sudut carrom, entah apa yang dibuat... senyap je kat tepi tu! Takpe aku tak perlu jaga tepi kain orang.. cuma nak bagi tahu yang sekarang ni dah ada 3 orang kat sini- dalam mode yang aku katakan tadi... aku cuba berubah kepada lebih baik, adik aku tanya!! Baik yang macam mana?
SEBAIK YANG AKU MAMPU!!
Apa pulak kaitan dengan WacKOS neyh? Banyak kaitan, TAPI aku... -taknak jawab~-
“angah bila nak kawin, sy rasa angah dah kena cari awek la skrg...” hahaha, ni mesej yang aku terima dari junior aku ahad lepas.
Nama budak ni Luqman Nurhakim, sebenarnya masa aku kat asrama dulu aku memang rapat dengan semua orang. Mungkin sebab kedudukan aku kat sana yang buatkan aku perlu punya hubungan baik dengan orang sekeliling. Jadi antara kami tidak ada jurang besar yang memisahkan, cuma pangkat abang-adik dan oleh sebab tu jugaklah kami selesa untuk bertanya dan menjawab.
Walaupun soalan yang diajukan tu bukan secara serius tapi dalam hati aku terdetik satu perkara, yang mana sedikit sebanyak buatkan aku rasa tersentuh sangat. Memang la aku tak bercadang nak kahwin dalam masa terdekat ni, sebab berdasarkan kiraan aku; cadangan nak kahwin masa umur 26 tahun. Huhuhu cadangan je... tapi yang buatkan aku tersentuh ialah di sebalik makna ‘perkahwinan’ yang ditanyakan! Aku kenal sangat dengan Luqman, sama-sama addicted main chess, gila-gila, dan agak lurus, hahahaha ^_^... takde la aku gurau, sebenarnya semua yang aku kenal punya potensi sendiri. Jadi bagi aku mereka semua ni UNIC dan aku antara pembentuk mereka semasa mereka tinggal sebumbung dengan aku. Jadi bila di tanyakan soalan yang macam ni aku taknak menjawab terus kepada soalan, dan aku rasa dia jugak nampak apa yang sebenarnya dia mahu tanyakan.
‘TANGGUNGJAWAB...’ aku dah bersedia ke untuk pikul beban tu? Bila menjengah balik ke dalam diri aku. Aku rasa aku tak bersedia untuk tugas tu. Buat masa ni pun keadaan aku masih tak terurus, jadwal sendiri pun macam tak ikut...solat kadang2 lewat, study ikut mood, bajet duit pun tak jaga, hahaha banyak la kesalahan dan kelemahan tapi taknak tulis semua kang dah macam membuka pekung di dada. Tapi itulah yang aku nampak sebenarnya, AKU PERLU BERUBAH.. mungkin perlukan satu anjakan yang kukuh untuk ke arah yang LEBIH BAIK!!
Semalam aku mula mengubah apa yang patut, aku taknak jadi terbaik dari orang lain... tapi yang terbaik aku mampu lakukan. Untuk pengetahuan sahabat2, aku memang dah punya orang yang aku KASIH... selepas DIA, dan ‘mereka’ yang SEPATUTNYA. Aku menyediakan dua lagi tempat yang mana kedua-nya telah pun diisi. Aku mengharapkan hubungan aku bukanlah jalan salah yang aku pilih, tetapi sebagai ‘pembimbing’ untuk aku menjadi seorang manusia yang lebih baik!
Salam sahabat semua, maaf kerana mengambil masa yang lama untuk mengemaskini semula blog warQah daUn papYrus ni. Sebenarnya terdapat perubahan yang drastik bagi penukaran url blog ini daripada http://cintatuhan-ihy.blogspot.com kepada http://contengataskertas.blogspot.com. Harapnya dengan url yang lebih mudah diingati ini nanti membuatkan sahabat2 lebih mudah untuk menjenguk ke blog ni.
Jadi sebagai ganti kekosongan selama ini, saya letakkan beberapa keping gambar ketika sesi merapatkan ukhuwah antara pelajar lelaki kulliyyah sains UIAM di Cherating baru2 ni, untuk tatapan sahabat2 semua. Selamat melihat, ^_^
| servant of God |
^_^ ... menulis atas kapasiti peribadi, sebagai seorang Mukmin. Jika anda terlihat sebarang kesalahan dalam penulisan saya. Maka wajib bagi anda untuk menegur kesalahan tersebut. Saya sendiri bersedia menerima pendapat secara terbuka, malah perbincangan dalam usaha mendapat MardhatiLlah ini; penting dalam kehidupan manusia seluruhnya. Salam Sejahtera dari saya, penconteng warQah (",)