Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, June 22, 2013

...start 22jun2013

Friday, June 21, 2013

Jerebu Oh Jerebu



Keadaan jerebu di bumi belahan selatan semakin teruk,
Baru semalam saya ke Bandar Melaka untuk membeli sedikit barangan, masih elok keadaannya.
Tetapi hari ini =_=

 
air pollutant index 21 jun 2013

# ..terimbau kenangan jerebu 2005, banjaran Titiwangsa yang indah dari lereng bukit sekolah pernah hilang dari pandangan untuk beberapa hari,

info terkini mengenai Jerebu di Selatan: http://www.doe.gov.my/webportal/en
Sunday, June 16, 2013

ukhuwah filLah


| D E M A M
10:15pm / 16 Jun 2013

Seawal pagi lagi saya sudah menghantar mesej bagi memaklumkan warden asrama dan anak didik saya tentang pembatalan kelas math mereka pada malam ini, selepas beberapa unit waktu berfikir saya menghantar mesej kedua. Saya katakan yang saya akan berusaha untuk datang juga..

alhamduliLlah,
menjelang petang demam semakin kebah, hanya batuk yang masih belum kurang. Maka saya terus membuat persiapan untuk ke kelas malam ini; soalan latihan disediakan..

sesampai di pondok pengawal, saya di sapa oleh salah seorang anak didik yang baru keluar dari surau asrama.. “nasib baik abang datang, saya ada banyak soalan nak tanya ni”, saya kira ini sebagai ucapan alu-aluan, kehadiran malam ini memang satu keperluan buat mereka dan amanah jua buat saya.

semasa kelas sedang berjalan, “kalau abang tak larat sangat, takpelah kita tunda kelas ke masa lain..” satu cadangan diutarakan salah seorang anak didik yang duduk di depan sekali, batuk saya mungkin buat mereka rasa saya perlu berehat, tetapi disebabkan semangat yang masih ada.. saya katakan yang saya boleh, lalu salah seorang meminta diri untuk keluar sebentar, kelas berjalan seperti biasa. Yang membuatkan saya kuat adalah kerana komitmen mereka yang memang 100% diberikan pada kelas ini.

credit
anak didik yang keluar sebentar tadi datang dengan sebotol air penuh, ‘nah abang minum la sikit’.. masyaALlah, permintaan untuk keluar itu rupanya adalah untuk mendapatkan saya seteguk air. T_T
hati saya tersentuh, usaha menapak jauh ke asrama itu hanya ALlah yang mampu membalasnya..

akhirnya kelas malam ini ditamatkan  lebih awal dari biasa, sekadar memberi mereka ruang untuk tugasan yang lain pulak. Lebih-lebih lagi ada yang baru pulang dari berkursus petang tadi, maka adalah lebih elok membiarkan mereka berehat di kelas PREP yang berterusan sehingga jam 10.30. mengimami solat isya’ buat kali keduanya di surau baru asrama sebelum pulang untuk merehatkan tubuh, batuk masih setia menemani; saat tulisan ini di nukilkan..

ukhuwah ini tidak akan pernah putus, insyaALlah
the September 18th
Wednesday, June 12, 2013

buntu lagi ni..



Secara dasarnya,
Saya punya banyak cerita yang hendak di tulis di atas layar warQah.
Dari tempat bermastautin ke ekspedisi merentas banjaran,
Dari kisah zaman hingus ke satu zaman edan,
Dari tempat makan febret ke lembah keusahawanan,
Tapi masih keliru hendak dimulai dari mana..

insyaALlah,
akan saya usahakan untuk menitip kembali sesuatu yang mampu memberi manfaat buat kalian (“,)
sabar yah.. pui!!

# hahaha, maaf saya sengal sikit akhir-akhir ni~
Tuesday, June 11, 2013

warm-up

Dah lama rasanya saya tak menulis kan!? eh..

yang unspoken sudah mula bersuara,
singgah lagi menjengah ke teratak tidak bertuan;
sementara~

yang mencoret 2 novel pulak,
sekalipun tidak meninggal jejak ke rumah,
harfiyah demi harfiyah terus di susun,
aksara demi aksara terus dihimpun,

ceh.. anda memang Super Blogger!!

x faham?
Ok abaikan ^_^
[muqadimah]