Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Sunday, August 28, 2016




















Sunday, August 14, 2016

Tahun 2009







Tahun 2009

Thursday, August 4, 2016


Wednesday, August 3, 2016

Gambar Lama



Saturday, July 16, 2016

Keluaran Khas Publicgold untuk Pos Malaysia

Edisi Pertama : 1g emas berketulenan 999.9

 Edisi Kedua : 0.5g emas berketulenan 999.9
 Edisi Ketiga : 1/2 dinar emas berketulenan 999.9

Saturday, June 25, 2016

emas dan perak

Pertama kali mendapat ilmu tentang emas adalah pada tahun 2005 |
Sebaik sahaja habis peperiksaan SPM 2005, saya menilih untuk bekerja sambilan di Pasaraya Fajar, Semenyih (kini The Store). Berkenalan dengan seorang abang yang saya gelarkan sebagai F (nama brother ni pun saya dah lupa, ALlahu), beliau tunjukkan pada saya seutas rantai tangan emas seberat 10g sambil berkata bahawa simpanan dalam bentuk emas bagus untuk jangka panjang. Dengan harga lebih kurang RM55/g, harga rantai tangan tersebut hampir mencecah RM550. Sedangkan gaji sebulan saya masa tu pun cuma RM450 je. Tanpa meneruskan soal jawab, tanpa usaha mengkaji, perbualan itu cuma tamat di situ. Saya masih tak nampak, jujur tak nampak.. Sehinggalah bertemu dengan Bos saya di Pharmaniaga. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab menjadi mentor saya, memberi penerangan demi penerangan tentang pergerakan harga emas dunia, kesan inflasi pada matawang fiat, hikmah diwajibkan zakat bagi penyimpan logam emas dan perak, dan semua persoalan saya terjawab satu demi satu. Sehinggalah saya bergerak sendiri terus menelaah dan mengkaji, dan alhamduliLlah hari ini berjaya mengeraskan sedikit simpanan untuk masa hadapan, beruntung sebab diperkenalkan semula dengan emas ketika harga mentah emas dunia merudum dari RM180/g ke RM125/g. Makanya saya sempat mengumpul beberapa gram emas dengan harga spot RM140/g pada tahun 2014. Dan kini harga spot emas telah pun kembali kepada paras RM185/g.