Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, September 21, 2013

puncak.kuasa.dua

Selepas beberapa kali gagal dalam melaksanakan perancangan saya untuk mendaki Bukit Broga,
akhirnya.. hari ini 21 September 2013 hasrat itu berjaya dilunaskan, alhamduliLlah ^_^
Oleh kerana mempunyai komitmen yang lain,
maka kami (saya+faiz+azman) memilih untuk turun awal..

8.30 am - berehat sebentar di rumah sebelum bersiap untuk ke Teratak Dpuncak
9.15 am - sampai dan menunggu, sambil berkongsi cerita dengan anak2 didik PMR saya.

adik i      : abang rizQan, exam semalam senang gila!! :)
saya       : alhamduliLlah .. :)
adik ii     : boleh buat bang, tapi ada jugak yang x dapat buat, hurm.. :(
saya       : insyaALlah masih ada masa, yang penting kena ada target sendiri,
                capai apa yang kita rasa kita mampu, itu dah lebih dari cukup ^_^
adik iii    : exam semalam senang la, :P
adik ii     : tapi...
saya       : xpe, buat je yang terbaik insyaALlah boleh ^_^
adik ii     : ok, bang.. insyaALah,

9.45 am - brunch Nasi Ayam (padang) dengan abang Romi
10.15am- sampai semula Teratak Dpuncak dan masih menunggu,
Tuesday, September 17, 2013

Zakat Emas

Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“...dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah
(mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih,

pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At-Taubah; ayat 34-35

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.
1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150
2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150 gram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9
Monday, September 16, 2013

Malaysia: Tanah Tumpah Darahku


A good effort to unite a broken country. Congrats Pete Teo.
Lets pray for Malaysia



garapan indah wawasan dan memori dalam setiap jiwa anak watan..
ketahuilah kisah cinta kita sama, cuma jalan yang kita pilih berbeza,
kenapa? ayuh cakna, usah melihat dari cuma satu cerita |
 
Muhamad Rizqan
Sunday, September 15, 2013

Unik seketul aurum,

.. p e n t i n g . u n t u k . s i m p a n . k o m o d i t i |
Jangan tanya saya kenapa, ^_^

Tahukah anda?
Setiap 10 keping dirham (perak) itu beratnya sepadan dengan 7 mithqals dinar (emas).
Berat setiap 1 mithqal pula adalah bersamaan dengan 72 butir gandum.

1 dinar = 4.250 g
1 dirham = 2.975 g

7 dinar = 29.75 g = 10 dirham


Nah~

neraca pakcik google


Kalau masih kurang faham:
[1] letakkan 7 keping dinar dalam piring sebelah kanan dan letakkan pula 10 keping dirham dalam piring sebelah kiri, maka keseimbangan dapat dicapai.
atau,
[2] letakkan satu keping dinar di piring sebelah kanan dan letakkan 72 butir gandum pada piring sebelah kiri, maka keseimbangan juga dapat dicapai.


# apabila salah satu dari piring mempunyai berat lebih dari yang lain, ini bermaksud ke tidak adil-an  telah berlaku, dengan terjemahan bahasanya ‘tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya’ -Z A L I M-
Wednesday, September 11, 2013

12 tahun lepas,

 11 September 2001 / 0945
[ujian kesihatan pada hari kedua]

Awak dinasihatkan untuk menarik diri supaya awak boleh berehat,
Pihak kami dapati tahap kesihatan awak bertambah teruk!
-Pegawai Perubatan-

Hanya Pemilik Hati yang tahu; betapa hancurnya perasaan satu jiwa muda dalam usaha meneruskan langkah kaki ke bumi MTD. Namun pesan abah tetap menjadi penguat,

“...takdirnya bukan kat situ, mesti ada yang lebih baik”
-abah-

Ya.. saya tahu dan saya faham, kami pulang dengan harapan perjalanan Pelan B pula akan lancar,
Keperluan untuk pelaksanaan Pelan B kami tidak banyak yang berubah, memandangkan persediaan Pelan A sudah di alih arah,
Tuesday, September 10, 2013

jangan tegur

|8 September 2013 / Sunday

adik i      : eh.. siapa yang pakai minyak wangi ni?
adik ii     : wangi?
adik i      : ye lah wangi..
adik iii    : wangi yang macam mana?
adik i      : wangi lah.. wangi gila,
adik   : >>senyap<<

walaupun tahu dari mana datangnya bau wangian yang dimaksudkan,
tapi aku lebih selesa mendiamkan diri,
seronok melihat gelagat anak² murid melayan perasaan ^_^



#DUA AL JANNAH
Friday, September 6, 2013

seni hati

seandainya diri kita dekat di hati penulis,
pasti nama kita tercoret dalam warkah penulisannya,

sekiranya diri kita hampir di jiwa pelukis,
tentu sahaja wajah kita menjadi sumber inspirasi buat lakarannya,

namun..
sebelum sibuk memikir kedudukan kita dalam jiwa orang lain,
tanyalah terlebih dahulu;

Di mana dia, dalam diri seorang kita?”