Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Monday, August 17, 2009

selamat mencorak ramadhan

















Sunday, August 16, 2009

o,;”)_

Tatkala itu PeNa bermonolog sendirian, deklamasi puisi من أنا؟ (siapa aku?) bergema dalam kelopak mata hatinya yang luhur, tanpa calitan TinTa eMas nya di warQah papYrus - membuatkan warQah papyrus tertanya-tanya...! Tidak ketahuan~

Namun, warQah mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat. “PasTi, sesuatu telah menggetarkan hati ‘Si PeNa TiNTa eMaS’...” getus hati warQah, terus perhati >>>

Sedang kepala Si PeNa terdongak ke langit (malam), terpacul perkataan dari muncung manisnya...

سبحان الله

~ta’juB.

Di dada langit, gelagat ‘PaRa MakHLuQoTt” telah berjaya mencuit hatinya yang hiba ^_^, di bumi senang-di langit masih dalam pelayaran. warQah makin bingung, hendak di tanya takut menggangu.. tak di tanya pulak makin tak faham!

“Sabarlah warQah, jangan ikut nafs-mu itu (“,)!” warQah ditegur suara halus yang datang dari lubuk sanubarinya, lalu mengangguk faham...

الصبر من الإيمان

Maka hilanglah Nafs-nya yang kuat sebentar tadi yang tak sudah2 menggesa warQah untuk menegur PeNa, melayang entah ke mana. Sunyi~



BERSAMBUNG…

Saturday, August 15, 2009

من أنا ؟

AKU
Sebenarnya kebutaan itu hatiku,
Dalam mencari hanya sebuah diri,
Mengenal ukhrawi,
Titian kasih itu terlalu mendalam,
sebenar-benar cinta
menjadi alpa, khilafku
Aku leka…
mamai diterik senja,
sebuah harga diri,
Teratak itu aku perhati,
Sunyi hati tanpa inti,

KAU…
Disaat aku hidup dan mati,
Disaat nafas ini bernadi,
Ketika air mata kehausan,
Padaku salah-Mu,
Begitulah aku

KAU…
Menyentak secebis harapan,
Dalam memburu kelalaian,
Sedetik, membasuh luka,
Seminit bertafakur berdoa',
Itu akulah,
Yang bermuhasabah
Insaf dalam nikmat
derita…
Masih disayang, masih dikasih
Sebenar-benar cinta
Thursday, August 13, 2009

Dari helaian daun papyrus...

…biar pun menjadikan daun papyrus sebagai lembaran untuk pena ini berbicara, bagiku ia ibarat antara anugerah terindah yang pernah aku miliki. Kata orang kebanyakan “kan ke lebih baik ada dari takde..”. Jika tidak kerana pena ini melakar megah diatasnya dengan tinta emas, mana mungkin helaian daun papyrus yang ‘bagai ayam tak patuk, itik tak sudu’ itu boleh mencuit pandangan umum. “Jangankan nak pandang, jeling pun tak ingin!” juga kata dari orang kebanyakan. Benar bukan? Andai kata badai besar melanda Nil Biru, pasti saja musnahlah kesemua pokok papyrus yang hidup subur dikawasan tebingnya itu. Siapa yang akan menangis untuk daun papyrus itu? Siapa?, tanyaku. “TIADA SIAPA” jawapan ringkas. “…mungkin orang gila je yang buat benda tu” yang lain mencelah.

Benar! Aku tidak menafikan, tanpa tinta emas dari penaku. Helaian daun papyrus cumalah sekadar lembaran buruk tidak bermakna. Kenapa agaknya ye…? “sebab nasibnya dah memang ditakdirkan macam tu!” kata seseorang. “Tanpa sesuatu yang berharga, ia memang tidak berharga”

-Papyrus Nil Biru bersama Pena Bertinta Emas-

Pernahkah kita sedar bahawa daun papyrus Nil Biru ‘SERUPA’ benar dengan diri kita. Tiada apa yang boleh dibanggakan, Harta... akan ditinggalkan! Nyawa... tiada jaminan! Kenapa agaknya ye...? (soalan sama yang diajukan). “Sebab taqdirnya dah memang macam tu!”(jawapan pun sama juga). Tanpa tinta emas yang dimaksudkan, kita juga akan menerima nasib yang sama dengan daun papyrus yang musnah dilanda badai. Tidak bermakna dan bernilai langsung!.

“Jadi kat mane kite nak dapatkan tinta-mas tu 'pa'?” tanya seorang anak kecil. Jelas dia tidak mahu menerima nasib buruk daun papyrus tanpa tinta emas. “Anakku... carilah ia dari kalangan orang-orang yang berpengetahuan, elok akhlaq-nya, benar pula ‘aqidah-nya, banyak ‘ibadahnya. Maka disitulah terdapatnya tinta emas yang dimaksudkan!”. “Dengannya engkau akan mengenali PENCIPTA-mu dan mengetahui TUJUAN HIDUP-mu.” “Bila engkau mengetahui sesuatu kebenaran, jangan pula engkau menafikan kebenaran itu! Kerana papyrus bertinta emas tidak bermakna jika ditulis sesuatu yang tidak dapat diterjemahkan maknanya...”. Tinta emas yang dicoret tidak memerlukan daun papyrus, tetapi DAUN PAPYRUS-lah YANG MEMERLUKAN TINTA EMAS menghias indah diatas lembaran buruknya.

Apakah tinta emas itu wahai orang yang mengetahui?. Ia adalah ‘ILMU yang BERMANFA’AT...

Sedarlah wahai saudaraku, Iman tidak memerlukan kita tetapi KITA-lah YANG MEMERLUKAN IMAN, Islam(ad-deen) tidak memerlukan kita tetapi KITA-lah YANG MEMERLUKAN ISLAM, Jihad tidak memerlukan kita tetapi KITA-lah YANG MEMERLUKAN JIHAD, hukum Allah tidak memerlukan kita tetapi KITA-lah YANG MEMERLUKAN HUKUM ALLAH.

Wallahu’alam (“,)

ukhuwah fiLlah

...