Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Monday, June 18, 2012

IIUM.FM free gadjet download


Semakin hari semakin hampir langkah kaki ini untuk menjejak ke Dewan CAC di UIAM Gombak.
Tahukah sahabat² betapa beratnya perasaan ini untuk meninggalkan title Mahasiswa UIAM pada diri saya. Haish~
T_T

>>sila abaikan statement di atas<<


Baiklah untuk entry kali ini, biarlah ia berkisar dengan UIAM itu sendiri. Buat sahabat² di UIAM Kuantan, saya pasti masih ramai di antara kalian yang tidak mengetahui akan kewujudannya IIUM.FM; online radio yang di kendalikan oleh kalangan mahasiswa dan mahasiswi kita di bangunan IRKHS (Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences) di UIAM Gombak. Adapun inilah pengubat rindu penconteng warQah semasa zaman² awal berada di Bumi UIAM Kuantan, kira² 4 tahun yang lalu. Ya, zaman di mana jumlah keseluruhan pelajarnya hanyalah sekitar 3k hingga ke 4k sahaja. [1/5 dari jumlah pelajar di UIAM Gombak]. Melalui lidah IIUM.FM inilah penconteng warQah merasai suasana antarabangsanya lebih meriah.
Biarpun sekarang ini, UIAM Kuantan ternyata juga bertambah meriah dengan kehadiran IIUM Kuantan Chit-Chat. Serta barisan anonymous yang bertindak sebagai mata² dalam melaporkan isu² di dalam kampus. Namun saya kira sahabat² juga tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk berinteraksi dengan sahabat² kita di Gombak melalui medium IIUM.FM ini.
Makanya di sini; saya telah menyediakan satu pautan khas untuk sahabat² memuat turun gajet bagi menyalurkan terus suara Taman Ilmu dan Budi di Gombak ke corong² suara PC, notebook, laptop sahabat² di Bumi UIAM Kuantan.
 

DJ            : ...bagi mereka² yang dalam perjalanan menuju ke kulliyyah masing², jangan lupa membaca doa menaiki kenderaan ye. Baiklah jom baca sama²,

بسم الله الرحمن الرحيم
...

# indahkan bila sentiasa ada yang berpesan-pesan pada Jalan Tuhan ni, terasa sangat ada orang concern dengan kita ^_^
# http://livestream.iium.edu.my/iiumfm/

0 التعليقات: