Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Tuesday, December 6, 2011

travelog 2-6 dec 2011


                Dari Bumi UIAM Kuantan (2.30pm), seorang aku bergerak untuk menuju ke Tanah Selatan dengan melintasi kota batu Kuala Lumpur. Bagiku; kesesakan di kota batu tidak pernah sedikit kunjung berubah, malah bagi seorang aku yang sudah lama tidak menjejak buminya amat merasakan bahawa kesesakan itu telah menjadi semakin parah. Mungkin perhimpunan parti pemerintah negara menjadi punca, pertambahan bilangan kereta di ibu kota. Entahlah...
                Lintasanku di bandar nostalgia (9.05pm); Kajang membentuk satu de facto kenangan. Amat besar dalam sejarah, sungguh tepat saat ketibaan. Kehadiranku di tanah satay terkenal itu hanya beberapa jam selepas bandar itu dilanda bah besar, bah kilat diberi julukan. Naik mendadak dalam masa pantas, hilang surut dalam kecepatan. Kerosakan dan kemusnahan seperti tahun-tahun yang lalu dalam sejarah 1998, 2006, 2008 dan kini 2011. Kenangan banjir di Kajang adalah memori-memori lama bagi setiap anak watan sejati tanah ini. Mungkin kehadiran banjir kali ini sekadar mahu mengembalikan nostalgia ‘anak Kajang’ yang kini pulang melawat dari tanah perantauan.


                Lembah Semenyih yang terletak di unjuran Bukit Broga yang terkenal hari ini turut menerima tempias yang sama. Hujan tidak kenampakan tanda henti itu telah membuat kenaikan paras air di tanahnya juga meningkat lebih dari biasa, hasilnya banjir di sesetengah tempat. Aku menginap satu malam di pekan nostalgia; Semenyih (10.15pm) ini sementara menunggu kehadiran emak dan abah dari tanah selatan.
                Setelah kepulangan dari majlis walimah saudara di Serdang (2.30pm), aku-emak dan abahku bergerak menuju ke tanah selatan. Menumpu kepulangan ke kampung halaman. Seperti kepulangan yang biasa, ayam2 manja kesayanganku dan kucing yang hanya manja bila lapar menunggu kehadiran dimuka pintu (7.33pm). Penat lelah menempuh kesesakan lebuhraya PLUS bermula dari susur keluar Bukit Mahkota sehingga ke RnR Seremban terubat segalanya...
                Percutian di rumah sendiri adalah kenangan terindah, menghabiskan masa sepenuhnya dengan emak dan abah sedang adik-beradik yang lain jauh jarak dari rumah. 2 malam yang selesa berbaring di atas jajahan sendiri, makanan dan minuman disedia petang malam ke pagi. Indahkan~ ^_^ Terima Kasih emak-abah,
                Perjalanan pulang ke Bumi UIAM Kuantan bermula pula dari Melaka Sentral (9.30pm), melintas juga tanah Jasin yang ditinggalkan. Hurm~ Lebuhraya Tun Abdul Razak di tempuh seperti mana biasa (lebuhraya ke!?), sesampai sahaja di Bumi UIAM Kuantan (2.10am); satu putaran lengkap menjadi pengakhiran kepada kisah travelog panjang yang sengaja tidak mahu diceritakan melalui wadah penulisan. Kerna bagiku tiada aksara dapat mencipta suasana indah kenangan insan, sekadar menulis untuk sendiri mengingat kembali sejarah diri... nostalgia sebuah perjalanan 2 december 2011 – 6 december 2011

Travelog seorang penconteng warQah dari Bumi UIAM Ktn ke tanah belahan selatan

2/12 UIAM Kuantan
2/12 Kajang [banjir]
2/12 Semenyih (bermalam)
3/12 Serdang
3-5/12 Selandar (bermalam)
6/12 UIAM Kuantan

0 التعليقات: