Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Wednesday, December 21, 2011

Coretan dari Mahallah Tabari UIAM Kuantan.

Jika ada kalangan sahabat² dari uia gombak yang ingin melihat rupa bentuk masjid UIAM Kuantan [baru]. Anda boleh google : ‘Masjid UIAM Kuantan’; ataupun masuk sahaja ke pautan yang disediakan di sini, dimana terdapatnya laporan ringkas mengenai Majlis Penyerahan Kunci Masjid dan juga sedikit gambar untuk tatapan ^_^ (1)

Selepas hampir seminggu setengah berlalu; Hujan lebat yang masih mencurah-curah ke atas bumi Kuantan masih tidak memberikan sebarang tanda untuk berhenti. Keadaan ini sedikit sebanyak memaksa pelajar-pelajar yang tinggal diluar kampus, meredah sahaja hujan dengan motorsikal untuk hadir ke kelas, menumpang sahabat² yang mempunyai kenderaan berbumbung, menaiki bas atau memilih jalan terakhir... iaitu bertapa di atas katil sahaja =_=’ (2)

Untuk 2 orang sahabat sebilik yang telah mula menunjukkan tanda² tidak sihat bermula semalam, aku doakan kesejahteraan untuk korang k~ SyafakumuLlah
[WHEN I’M ILL, IT IS HE WHO CURES ME] (3)

Kesemua logo Mahallah Tabari yang direka cipta oleh sahabat², telah pun saya hantarkan ke Pejabat Mahallah Tabari. InsyaALlah Ustaz Ali pasti memilih yang terbaik diantara yang terbaik dari keseluruhan 35 keping logo berbeza yang dihantar oleh sahabat². Bagi LOGO YANG TIDAK TERPILIH BUKAN BERMAKNA ANDA TELAH GAGAL, kerana usaha untuk anda menyumbang sesuatu buat Mahallah Tabari itu sendiri telah menjadi bukti nilai sebuah KEJAYAAN. ^_^
insyaALlah jika mendapat kebenaran, saya akan memuat naik kesemua bentuk logo yang dihantar oleh sahabat² ke dalam Blog MRC Talhah dan warQah daUn papYrus(4)

0 التعليقات: