Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Monday, December 12, 2011

ayat untuk kesedaran


masa kat asrama , aq solat 5 waktu , tiap mnggu baca yasin , tiap hari baca al-quran , tiap hari zikir . .
lpas kluar jek sume da hilang . .
aq nak masok asrama balek bole ?
” (Petak Square : 2011)

                Sejujurnya saya tidak mengenali junior saya yang menggunakan nickname Petak Square di dalam dunia fb ini. Bukan sengaja tidak mahu mengenali tetapi kami berada di dalam dimensi masa yang berbeza. Saat saya sudah lama meninggalkan Teratak D’puncak, beliau baru menjejakkan kakinya di atas tanah sana. Jadi tidak hairanlah, saya tidak pernah bertemu empat mata dengannya.
                Adapun kenyataan yang saya kepilkan sekali dengan post kali ini adalah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Petak Square melalui akaun fb beliau ke laman group Asrama SMK Engku Husain / SEMUHSIN 2006-2011.
                Saat terbaca akan status ini, saya cepat-cepat mencermin kembali diri saya. Ada kebenaran di sebalik apa yang cuba diperkatakan oleh anak muda ber nickname Petak Square ini. Semasa saya masih menghuni Teratak D’puncak, segalanya benar-benar terkawal. Solat jemaahnya, tilawah Qurannya, study groupnya, waktu riadhahnya termasuklah juga waktu makan dan tidurnya; semua sekali berada di dalam jadual yang tersusun rapi. Tetapi hari ini...~ :( hurm
...saya akan cuba membaiki diri, insyaALlah inilah yang sedang saya cari; sebelum mencari ‘cinta untuk hati’. Saya perlu berusaha untuk sebuah pencarian kepada diri sendiri, :(
Petak Square, Terima Kasih ^_^ ada manfaat dalam coretan ringkas yang dikirim sebelum ni. Walaupun bukan directly untuk abang. Tapi maksudnya jelas; perlunya muhasabah diri setiap waktu. Tanggungjawab menjaga diri di dunia luar pagar sekolah lebih berat dari apa yang pernah disangkakan oleh mereka yang masih menuntut di dalam pagar berkenaan. Sama-sama berusaha untuk jadi yang terbaik, insyaALlah pasti dipermudahkan-(Nya) ^_^

2 التعليقات:

Unknown says:
at: December 12, 2011 at 9:05 AM said...

terima kasih juga petak square... ^___^

perindu_خلافة says:
at: December 13, 2011 at 7:09 AM said...

^_^