Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Thursday, August 4, 2011

review peribadi melalui entry hati,


                Dalam usaha untuk saya muhasabah diri ini kembali; saya perlu mencari satu penanda aras (base line) tertentu. Yang mana ia mampu berdiri kukuh diantara saya pada hari ini dan saya pada masa lalu. Oleh yang demikian saya telah pun memilih warQah daUn papYrus sebagai penanda aras yang saya maksudkan. Ini kerana telah jelas pada pandangan umum, bahawa inilah hasil penulisan sedari saya mula mengenal dunia blogging sehinggalah ke hari ini. Penulisan yang lahir dari hati dan aqal penulis sendiri...
                Ketika usaha me’review‘ semula hasil coretan dan bingkisan lama, tercalit sedikit senyuman sinis bercampur baur dengan kesedihan yang pernah melanda Qalbu milik saya. Bahkan, kegembiraan dan luka lama seolah kembali mengalir dari anak mata terus menusuk ke dasar hati. Masakan ini tidak berlaku, segala yang berada diatas warQah adalah sejarah hidup diri saya sendiri. Dalam ratusan entah mungkin ribuan artikel yang pernah ditulis, tidak sedikit yang hadir dengan kepiluan mendesak yang adakalanya terpaksa ditumpahkan dengan sedikit emosi. Namun yaqin saya, tidak seorang pun dikalangan pembaca yang tertikam dengan kata-kata dari susunan aksara kasar yang pernah saya coretkan. Kerana tujuan saya bukan itu, tujuan saya agar tikaman yang menusuk jantung ini dikeluarkan tanpa mencederakan pihak yang lain pula.
                Kekasih saya banyak meninggalkkan pesan; antaranya “berda’wah lah dengan hikmah!“. Dan disebabkan kasih sayang tanpa batas saya ke atas dirinya. Saya cuba sebaik mungkin untuk melakukan yang terbaik. Bercakap dengan cara terbaik, termasuklah dalam etika penulisan di atas warQah daUn papYrus. Jika bukan saya sendiri yang membina keatas diri mereka perasaan respect terhadap diri saya, siapa lagi yang layak untuk itu?.
                Hari ini, selepas melakukan siri review pertama. Sedar saya bahawa masih banyak kekurangan yang perlu dibaiki. Penulisan sehingga menyebabkan emosi saya sampai kepada pembaca menunjukkan kelemahan yang perlu dielakkan berlaku pada masa hadapan. insyaALlah bukan sahaja melalui penulisan di atas layar warQah, malah cara bercakap dan bertindak juga akan saya perbetulkan seperti apa yang disarankan oleh syara‘. Semuanya tidak lain; hanya ketaatan pada-Nya yang esa o,;”)_

4 التعليقات:

Nuryn Weida says:
at: August 4, 2011 at 9:41 AM said...

semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini..=)

perindu_خلافة says:
at: August 4, 2011 at 6:01 PM said...

^__^ insyaALlah,
sedang dan sentiasa berusaha ke arah tu aien, terima kasih, =)

Harir Al-Azraq says:
at: August 5, 2011 at 10:18 AM said...

Dah lama jd silent reader rizqan. Keep it up~! ^^
Semoga dlm lindungan Allah selalu.

perindu_خلافة says:
at: August 5, 2011 at 6:18 PM said...

thanx ^_^,
insyaALlah doa utk semua,
ameen~

p/s: layyinul harrir kah!?