Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Sunday, July 10, 2011

Generasi ke 8-11 aspura smkeh

                Usaha untuk mengenali generasi baru asrama putera SMK Engku Husain sedang giat dijalankan oleh minda dan kotak memori penulis. Ini kerana hampir 5 tahun (18 September 2001-5 Disember 2005) penulis tinggal di asrama tersebut, jumlah keseluruhan pelajar lelaki yang pernah tinggal sebumbung cuma ada 129 orang sahaja (termasuk penulis). Sedangkan pada hari ini 10 Julai 2011, terdapat 61 orang pelajar lelaki yang tinggal di asrama tersebut dalam satu² masa. Keseluruhan 61 orang pelajar lelaki ini bukanlah terdiri daripada generasi penulis, maka amat sukar untuk penulis mengenali perwatakan mereka secara dasar.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, generasi ke-6 asrama ini (juga bukan generasi penulis) telah menamatkan sesi persekolahan mereka pada tahun 2010 iaitu selepas mengambil peperiksaan SPM yang lepas. Sedang asrama ini juga telah kehilangan generasi-7nya  pada tahun ini; di mana tiada langsung pelajar tingkatan 5 yang menduduki asrama SMK Engku Husain pada tahun 2011. Untung masih ada baki pelajar yang mengenali penulis buat generasi ke-8 dan 9, semuanya bertitik tolak dari program yang dijalankan oleh penulis bersama bekas² pelajar asrama yang lain pada 2 tahun lepas. Bagi yang telah penulis kenali secara dekat, dapatlah mereka menjadi platform buat penulis mengenali generasi baru asrama SMK Engku Husain.
Syukri, Amal Ariff, Ikram, Emyrul Haiqal, Hafiz, Hisyam, Luqman, Saiful, Syabil, Irham, Faris, Khairul Anwar, Samsul dan Hafzan. Antaranya punya kaitan yang rapat dengan sahabat² sebaya dengan generasi ketika penulis tinggal di asrama.

1 التعليقات:

softbullet says:
at: July 10, 2011 at 1:04 PM said...

dah habis langsung ke kturunan kite? xpe enceyy romi ada khidmat lg kan..